Dec 31, 2010

Imej VS Diri sebenar

Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum,apa khabar jejak Qaseh? Semoga sentiasa dalam keadaan sihat.Alhamdulilah kita masih lagi diberi pelbagai nikmat oleh Ilahi.Nikmat Islam,nikmat Iman,nikmat sihat,nikmat akal lantas membuatkan kita adalah hamba yang paling bersyukur kepada-Nya.Ayuh sama-sama kita mensyukuri nikmatnya..Semoga jejak Qaseh pada hari menjadi lebih baik dari hari semalam.Sejak akhir-akhir ini,Qi terfikir,betulke Qi ni pemalu seperti yang mereka sangkakan.Pemalu sangat ke? Malu kena bertempat kan.

Mesti la.Qi nak jelaskan kenapa Qi sebegitu.Maaf dipinta jika ada hati yang terasa dan terkasar bahasa.Bagi mereka yang sedang sibuk sekarang nampaknya Qi telah mengganggu masa awak-awak semua untuk baca entry ini,Qi tak nak jadi pencuri masa,jadi luangkanlah masa korang sejenak k apabila dah free,buat yang tak sibuk.silakan.Mohon Allah jauhkan kita daripada  ilmu yang tak bermanfaat.Maaf Qi budak baru belajar.


Malu,iya ke saya ni seorang yang sangat pemalu.Pada saya tak salah sekiranya seseorang itu mempunyai imej yang berbeza.Timbul persoalan adakah imej boleh digunakan sebagai mekanisme bela diri.

Individu membentuk imej yang berbeza apabila berhadapan dengan individu yang lain.Seseorang itu akan menjadi dirinya sendiri apabila berhadapan dengan orang yang sangat dikenali dan rapat dengan dirinya.Namun demikian,individu itu juga boleh membentuk imej yang berbeza apabila berhadapan dengan orang yang dikenali untuk menjaga hati dan perasaan.Sama seperti berpura-pura buat baik.Menurut Sigmund Freud,mekanisme bela diri,reaksi formasi.Reaksi formasi adalah satu keadaan di mana individu itu cuba membentuk motif yang baru  bagi membentuk motif yang sebenar bertujuan untuk mengelak konflik.Keadaan ini saya boleh gambarkan seperti,Pekerja A sangat membenci rakan setugasnya,namun apabila berhadapan dengan rakannya ini,pekerja A akan berpura-pura baik.Adakah ini imej yang cuba ditonjolkan?Fikir-fikirkan..

Saya pemalu.Iya memang saya seorang yang sangat pemalu.Tidak dinafikan.Bukankah Al-Ahya itu pakaian orang yang beriman.Bercakap soal imej yang cuba dibentuk.Adakah saya seorang yang hipokrit? Iya, betul ,apabila saya berhadapan dengan awak,awak mungkin akan cakap , Ya Allah sopannya la awak,Ya Allah baik la dia,macam –macam yang seantero dengannya.Namun,pada hakikatnya mungkin orang yang mengenali diri saya malah ibu saya akan kata,anak ibu yang sorang ni memang kasar orangnya.Kakak pula akan mengomong,hang ni malu tak bertempat.Adik pula akan berkata,kak ni sayang kawan-kawan ja lebih,family ni macam nombor dua ja.Terasa hati juga bila dikatakan sebegitu,malah yang hipokrit tu.Iya ke hipokrit? Saya tak rasa pun saya hipokrit.Bukankah menghormati orang tua itu adalah sunnah nabi.Yang tua dihormati yang muda disayangi.Apabila ditegur oleh seorang muslimat,kenapa dia bercakap begitu,bahaya la..lagi bahaya kalau dia bercakap dengan lelaki.Lembut sangat.Aduh,begini pula.Walaupun teguran inilah bukan terus direct kepada diri melalui insan lain,namun ianya sangat menggentarkan hari saya.Risaunya diri ini,apabila ditegur sebegitu.Tapi,alhamdulilah atas teguran itu,membantu saya dan menyedarkan diri saya.Lantas,membuatkan saya terdiam dan berfikir,YA Allah apa yang harus hamba-Mu lakukan? Diam.

Apabila difikir-fikirkan, soal malu dan rendah hati.Mungkin sifat ini menjadi dominan sehinggakan saya menjadi diam di dalam sesebuah organisasi.Macam mana la saya tak malu,cuba awak bayangkan kedudukan di dalam organisasi kita..Bayangkan...hehehe.Bagaimana kedudukan muslim dan muslimat.Terlalu dekat,kekadang tak sampai 10cm pun!dah kadang-kadang mungkin secara tak sengaja tangan akan tergeser.tak sengaja.Apabila kepala dipusing,masya’allah muslim rupanya di belakang saya ni.Cepat-cepat saya jauhkan diri.Inginkan muslimat.Al maklumla tadi,nak pusing ke belakang nak tahu siapa orang kat belakang tu,malu la katakan.Tempat pun sempit.Maaf saya bukan nak mengada-ngada.Mengelakkan daripada berhimpi-himpit dan bersesak-sesak.Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun.Ini untuk memberi peluang kepada wanita dahulu.Apabila dalam kedudukan seperti ini membuatkan saya malu nak mendongakkan kepala.Sedaya upaya saya,saya cuba menjaga pandangan.Saya harap awak faham,saya bukan hipokrit.Ingat tak awak,Allah swt  berfirman dalam surah An-Nur untuk menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.Saya budak baru belajar.Kalau salah tolong tunjukkan.




Okey,jika awak bandingkan di sekolah,soal pemimpin,saya bebas bersuara malah di hadapan semua pelajar.Itu dulu perkara lepas.Remember the past,plan for the future.Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku?Bagaimana di IPT saya menjadi pendiam.Adakah kerana saya tidak berkuasa seperti di sekolah?Mungkin, ini antara salah satu faktornya juga.Bila mana seseorang itu menjadi pemimpin sedikit sebanyak ia mempunyai autoriti untuk berkata-kata.Kenapa berkuasa? Iya la sebabnya,apabila seorang pemimpin memberi arahan sudah pasti anak buah akan laksanakan.Dan bila mana sekarang saya menjadi pengikut,Tak dinafikan,saya akan berfikir,apala sangat nak cakap bab ni, penting ke kata-kata saya ni,tak pentining kot.Setidak-tidaknya sekarang saya berusaha untuk menjadi pemimpin yang terbaik buat diri saya.Kemudian,awak berkata,saya tengok awak seperti ada sesuatu untuk dikatakan tapi,tak terkata.Lastly, apa yang nak diperkatakan tak dikatakan dan berakhir begitu sahaja.Jadi pula unfinish business.Tak kesudah juga.Rendah hati dan malu?? Aduh apa beza ni?Maka,di sini saya boleh katakan bahawa kuasa itu penting.Politik itu penting.Betul tak?Autoriti akan mempengaruhi siapa kita pada ketika dan saat itu.Bukan senang jadi pemimpin,besar tanggungjawab dan amanah yang harus dilaksanakan.Apa yang harus saya lakukan? Dapatkan semula kuasa? Yang penting sekarang baiki diri sendiri.

Tapi,sekarang diri ini ditegur,awak pemalu la..kenapa awak pemalu sangat ..?Diam ja awak,tiime kita dalam organisasi tadi.Menyebabkan diri ini kekadang apabila ditegur sebegitu berfikir dan beranggapan saya seperti tidak memberi apa-apa manfaat.Sejujurnya niat saya,nak cari pengalaman dan ilmu semasa berorganisasi.Diam bukan bererti tidak tahu.Iya ke saya pemalu,sebenarnya,pada saya, saya diam kerana tidak ada benda penting yang perlu diperkatakan.Seperti yang kita tahu,lebih baik diam daripada berkata-kata perkara yang sia-sia.kerana pada saya tak da perkara yang saya nak katakan.Awak ni pemalu,mungkin perlu masa lagi untuk membiasakan diri.Masa?Tapi sampai bila? Sampai habis graduate nanti?Al-’Asr 103: (1-3)[1]Demi Masa![2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Soal imej,tak salah jika individu mempunyai imej yang berbeza.Setuju tak? Baiklah,mungkin awak pernah berada dalam situasi seperti ini.Apabila dengan ibu awak,imej awak seperti anak yang sangat baik,apabila berhadapan dengan kawan awak,awak akan menggunakan imej yang sesuai bersama-sama kawan awak,apabila awak berhadapan dengan guru awak,lain pula imej awak,apabila awak berhadapan dengan saudara awak,bapa saudara awak ,lain pula imej awak.Emm ..banyak betul imej awak.Mana satu diri awak  ni? Contoh kata-kata yang sering awak guna pakai apabila awak dengan ibu awak,mesti awak akan guna perkataan saya,atau cik bagi orang utara seperti saya bagi kata ganti nama diri awak.Kemudian ,apabila berhadapan dengan kawan-kawan ,awak akan  bahasakan diri awak dengan aku,kemudian rakan awak memanggil  awak kau,hang..lain  pula imej golongan pria apabila nak pikat kaum hawa.Mesti nak tunjuk lagak baik kan..Bolehke? nak samakan penggunaan bahasa panggilan diri apabila berkomunikasi dengan ibu ,rakan,dan guru..?Mesti berbeza kan.Jadi pada saya tak salah dan bukan hipokrit namanya.Itu bukan berpura-pura baik,itu semula jadi.Tak dibuat-buat dan tak direka-reka ,natural behaviour.

Maaf semua ni adalah pandangan Qi sahaja,pada Qi diam tidak bererti tidak tahu,lebih baik diam daripada berkata-kata perkara yang sia-sia.Mohon betulkan yang salah.Betulkan yang biasa,biasakan yang betul.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca coretan Qi,iya sekarang ramai sangat orang tegur,Qi malu..Bagi kawan-kawan yang mengenali Qi,tahulah mereka siapa sebenarnya Qi.Ayuh,bersama-sama kita upgradekan diri mencari redha ilahi dan hanyut dalam cintanya.Bantu hamba-Mu ini,bantu Qi.Sekali lagi,maaf dipinta andai ada terkasar bahasa,dan ada yang terasa.

Yang kurik itu kendi,Yang Merah itu saga,Yang cantik itu budi,Yang Indah itu bahasa.
Sekian,wassalam..

Leave a Reply

 
 

Link List

Recent Comments

Followers