Assalamualaikum...apa khabar semua? semoga sentiasa sihat.Terima kasih kerana sudi ke teratak Qaseh.
Qi ingin berkongsi pengalaman pertama Qi naik train,insya'allah petang nanti adalah pengalaman kedua.Tak sabar rasanya nak jumpa famili di kampung.Semua kawan-kawan Qi dah pulang ke kampung pada 4 Dec yang lepas.QI pulang lewat sikit ja,sebab ada amanah di KHAR.Mengimbau kembali peristiwa itu.....
Ya Allah,Qi terlepas kereta api.What is the time now?? QI baru terjaga dari tidur.Kelam kabut QI.Sekarang jam 2.15 petang.Teman sebilik QI ,Fida ketawa melihat gelagat Qi.Qi awak bermimpi ni.Ya Allah nasib baik hanya mimpi.Tadi mati-mati ingat terlepas train.Huhhh..ALhamdulilah,semalam tak dapat tidur dengan nyenyak sebab teringat kampung dan tak sabar rasanya dak sampai rumah nak peluk ibu…Ibu..heheeh…
Teringat kali pertama perjalanan ke kampung dengan menaiki train.Pengalaman pertama sukar untukku lupakan.Qi sudah tidak sabar untuk balik ke kampung setelah hampir 3 bulan di kampus.Teringat kata-kata Dr.Abdul Malek pensyarah, “ anak-anak perlu perlu pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa ketika cuti.Itu sudah menjadi kewajipan kamu semua sebagai anak.” Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Dr.Malek.Di saat ini Dr.Malek sedang berada di hospital Slim River akibat ‘heart attack’.Teman-teman doakan Dr.Malek cepat sembuh dan semoga iman Dr.Malek juga semakin sihat.Insya’allah malam nanti Qi akan pulang ke kampung untuk kali ketiga selama Qi berada di UPSI ini.insya'allah.Sepanjang semester 1,Qi hanya sempat pulang ke kampung sebanyak 2 kali.Dan ini kepulangan Qi untuk kali ke-3.Tak sabar rasanya untuk berjumpa dengan keluarga di kampung.Mereka pun pasti sedang menanti kepulangan Qi.
Kali pertama Qi pulang ke kampung menaiki bas dengan teman Qi Intan,namanya.Intan,teman Qi semasa sekolah rendah,sekolah menengah dan juga teman Qi semasa mengikuti KEM PLKN di Langkawi KLSN,Siri 5 2007, dan kini Qi dan Intan dijodohkan lagi untuk bersama-sama mencari ilmu di UPSI.Qi dah biasa naik bas sejak berda di UPSI.Jadi naik bas ini adalah perkara biasa bagi diri Qi sejak berada di Tg Malim.Dahulunya risau juga,yakinkah Qi untuk ke kampus dengan bas,nak kena berebut.Masyallah …insya’allha nanti Qi akan adakan entry tentang berebut..
Kali kedua Qi pulang ke kampung menaiki train dengan teman sekuliah Qi yang semuanya berasal dari negeri utara juga.Yang bezanya Qi dan mereka berlainan daerah.Mereka ialah ila,syafiqah,dan solehah,dan adilah.Salah seorang dari kawan Qi yang membeli tiket untuk pulang ke kampung buat kami semua.Syukran Adilah sebab beli tiket untuk kami semua.=)
Perjalanan untuk pulang ke kampung bermula pada jam 10.55 malam.Jadinya Qi dan teman selepas selesai sahaja solat isya’, kami semua bergerak ke hadapan kolej untuk mencari teksi.Ketika itu kami berempat naik satu teksi.Kira-kira jam 9.00 malam kami semua tiba di Stesen KTMB Tg.Malim.Hmmm..inilah kali pertama Qi berada di stesen kereta api.Qi tak pernah naik kereta api.Risau juga ,macam mana nanti.Tengok ja diri Qi ni selamba,tapi risau ,hanya Allah yang tahu.Apa agaknya yang bakal Qi tempuhi.
Tiba-tiba telefon Qi berdering.Oh nampaknya itu panggilan daripada teman yang satu sekolah semasa di SMKP dulu.Farhana,rupanya.
‘Assalamualaikum..kenapa farhana??”
‘waalaikumussalam..emm kak balik malam ni jugak ya??’
‘Ya,akak balik malam ni? Farhana kat mana?”
Kebetulan pada malam tu ,Qi sempat bersua dengan farhana dan Jie,mereka berdua ni teman Qi semasa di SMKP dulu.Opps..actually, teman Qi yang berasal dari SMKP dan melanjutkan ke UPSI seramai lima orang ,lima orang muslimat dan seorang muslim.Intan,Farhana,Jie,Jannah,Salman,Qi.Sepanjang di kampus,Qi tak berpeluang nak berjumpa dengan teman-teman.Semuanya sibuk dengan hal masing-masing dan kawan-kawan menginap di kolej yang berbeza dengan Qi.Akhirnya,berjumpa juga Qi dan mereka pada malam itu di stesen kereta api.Masyaallah hebat kan ketentuan Allah.
TUuuuttttt….train dah sampai.Jom naik train dengan Qi.Qi mencari –mencari tempat duduk Qi.Tiket train dipegang dengan sebaiknya takut-takut hilang.Ini adalah pengalaman pertama kan.Mestilah risau.Biar betul,ini tempat duduk Qi . ‘tapi,kenapa pak cik ni duduk di kerusi Qi,ke Qi salah tengok.Hmm camna nie..,takpa-takpa sabar dulu..’ monolog. Sambil itu Qi masih lagi membelek-belek tiket Qi takut tersilap tengok.Mana tahu Qi tersalah tengok kan.’EH,Qi pasti ni kerusi Qi .
‘Adik,ini tempat duduk adik ya,boleh adik duduk tempat duduk pak cik di belakang,kita tukar tempat duduk ya.’
‘Oh,alamak,biar betul pak cik ni,hmm kalau tukar tempat duduk Qi di belakang Qi kena duduk di sebelah muslim.Ya Allah,hambaMu taknak duduk di sebelah lelaki ini Ya Allah.Bantulah Hamba-Mu ini.Time tu,hanya Allah ja yang tahu.Hal ini kerana,perjalanan untuk sampai ke stesen KTM Alor Star akan sampai pada jam 7.01 pagi.Sekarang baru jam 11 malam.
Sambil,Qi berjalan tiket train masih elok dalam genggaman Qi untuk ke kerusi belakang.Belum sempat Qi duduk,Qi mencari-mencari mana tahu ada seorang perempuan duduk di sebelah lelaki.Boleh Qi minta izin untuk tukar tempat duduk kan.Alhamdulilah,Allah membantu Qi.Qi bernasib baik kerana ada seorang perempuan India duduk bersebelahan dengan muslim.Jadinya Qi minta keizinan dari muslim itu untuk bertukar kerusi.Nasib baik ,orang itu sudi bekerjasama.
Ketika itu,barang-barang Qi yang untuk dibawa pulang ke kampung banyak la juga.Kelam kabut juga Qi ,tiga kali bertukar tempat duduk kan.Mana taknya berserabut.Tapi,dalaman ni masih tenang.Ingat pada ibu, anak ibu yang satu ini seorang yang tenang.Ibu yang kata ya.Nanti riak pula.Disebabkan tiga kali bertukar tempat duduk dan train pun sedang memulakan perjalanan Qi terlupa di mana Qi simpan tiket kereta api Qi. ‘Ya Allah mana,Qi letak ni..adesss…!
Nampaknya ,orang yang minta tiket train itu dah sampai nak minta tiket la ni.Alamak,tiket Qi sudah hilang nampaknya.Sabar ya Encik,beri saya sedikit masa untuk mencari tiket.Aduhai..takkan Qi tercicir tiket di tempat duduk yang tadi.Aduh..takkan nak minta mereka tolong carikan.Kecoh juga time tu,hmmm nampaknya dah bising dan penumpang lain perasan yang tiket Qi sudah hilang.Orang tadi cuba mencari-cari tiket Qi di tempat duduk Qi yang kedua.Mana tahu mungkin tercicir di situ kan.Terima kasih.
Encik : Nanti saya datang semula ,awak cari tiket dulu,awak nak ke ipoh kan..
Mungkin agak lama nak tunggu tiket Qi entah jumpa ke tak,encik pergi minta tiket dengan orang depan dulu.
Qi : Eh, encik maaf ,ni sebenarnya bukan tempat duduk asal saya.Tempat saya di 1C.Ok
Cari sana cari sini,tak ketemu juga tiket train.Nak buat macam mana?Nanti kalau datang datangla encik,memang dah tak jumpa tiket tu.
Agak lama,berdiri meminta tiket kepada penumpang.Akhirnya,encik tiket hilang dari pandangan.Huh..Qi keluarkan novel untuk dibaca,Isabella.Mengisahkan tentang seorang gadis dan agama.Best novel ni.Bacalah!
Jam menunjukkan 2.00 pagi,Sesekali Qi memejam mata,tapi tidak dapat tidur dengan lena.Hmm 1ft time naik train.Masih tak dapat nak lupakan kekecohan yang berlaku.Malu Qi buat seketika.Terasa seperti semua bola-bola mata insan melihat Qi pada saat itu.Wanita India di sebelah QI akan turun di Ipoh.Nampaknya,stesen Ipoh sudah sampai dan wanita itu pergi ke destinasinya.Qi duduk sendirian la nampaknya sehingga ke destinasi yang ingin dituju.
Tiba-tiba encik tiket datang ke arah Qi.Apa Qi nak buat ni? Qi malas nak bercakap panjang.Kalau tiket Qi tak da,takkan encik tiket nak minta Qi turun kot…Hmmm,pejamkan mata,pura-pura tidur.Alhamdulilah,selepas encik tiket lihat keadaan Qi ,encik tiket pun terus ke hadapan.Kawan-kawan Qi yang tadi juga kecoh dan sama-sama mencari tiket untuk Qi.Maaf ya teman-teman sebab Qi menyusahkan teman-teman.Mungkin mereka sudah lena diulit mimpi dan berjumpa dengan family dalam dunia mimpi mereka.
Nampaknya,beberapa minit kagi Qi dan teman-teman akan sampai ke destinasi yang dinanti-nantikan.Ya,kereta api pun sudah mahu berhenti di landasan yang sepatutnya.Alamak,sekali lagi encik tiket datang.Kali ini,Qi tak boleh nak mengelak.Encik tiket minta tiket dari Qi, ‘maaf encik saya tak jumpa tiket saya.’
Ketika itu semua orang tengah sibuk memunggahkan barang untuk keluar dari ‘perut’ kereta api.
Qi juga sama nak cepat.Maaf encik,saya dah sampai.Bye.Assalamualaikum…
Itula pengalaman pertama Qi naik kereta api.Qi dan teman-teman bersama-sama menuju ke Pekan Rabu untuk mendapatkan bas untuk pulang ke Pendang.
Qi : Soleha ,jauh tak nak ke Pekan Rabu?
Heheheh..almaklumla,walaupun ,Qi ni orang Kedah,tapi Qi tak pandai jalan-jalan di sini.Huhuhu..Sebab Qi memang tak pernah sampai di stesen kereta api.Kali pertama la kata kan..
Soleha : Tak dekat ja..kita jalan kaki la ya..
Qi : Kalu macam tu ,kita jalan la..ok..
Pada Qi agak jauh juga berjalan kaki dari stesen KTM ke Pekan Rabu.Penat juga.Pagi tu,jalan masih lengang,kedai-kedai di sekitar Pekan Rabu pun masih tertutup.Qi dan teman-teman Qi sampai jam 7.01 pagi di Stesen KTM.Tiba-tiba tali beg warna pink Qi terputus,mungkin terlalu banyak buku-buku dalam beg pink yang berlogo UPSI itu.HAi,nak buat macam mana terpaksalah Qi memegang semua buku.Ujian dari Allah kan.Ketika itu memang dapat menilai sejauh mana kesabaran Qi.YA Allah,pada mulanya memang Qi ada menyatakan kepada teman-teman untuk menggunakan teksi ke Pekan Rabu.Memandangkan kata teman jarak ke Pekan Rabu tidak jauh.Tak mengapalah.Jadi jalan kaki la kami semua.Akhirnya,sampai juga ke Pekan Rabu.
Di Pekan Rabu,kami menunggu bas untuk pulang ke rumah masing-masing.Hampir setengah jam menunggu bas.Dan akhirnya,QI dan soleha menaiki bas yang sama dan Syafikah masih menunggu bas untuk ke Pokok Sena. ‘Assalamualaikum..Insya’allah jumpa di UPSI nanti.’Masih ingat lagi kata-kata itu.
Qi terlelap di dalam bas hinggalah dikejutkan oleh Soleha. ‘Qi bangun..Qi ,saya dah sampai’,kata Solehah.Kami berdua bersalaman dan bas terus bergerak sehinggalah melintasi di hadapan SMKP.Hmmm..cantiknya SMKP,rindunya pada cikgu-cikgu yang setia mencurahkan ilmu.Insya’allah satu hari nanti Qi akan mencurahkan bakti kepada anak didik.Amin.
Tiba juga di kampung.Assalamualaikum..ibu ayah duduk di meja makan.Nampaknya,masih bersarapan pagi.Qi terus bersalaman dengan ayah dan mencium pipi ayah dan melihat keadaan ayah semakin kurus nampaknya.Ternyata ayah mesti kuat bekerja.Berbeza dalam mimpi Qi,Qi mimpi ayah semakin gemuk,namun ayah semakin kurus.Ibu masih sama,assalamualaikum ibu,Qi salam dengan ibu dan mencium pipi ibu.Ibu sihat.Alhamdulilah Qi masih dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan ibu dan ayah.Qi pasti akan merindui UPSI..
Dan hari ni,13/12 pengalaman kedua Qi akan menaiki kereta api pulang ke kampung.Kali ini bersendirian.Minta-minta urusan dipermudahkan oleh-Nya.Seperti biasa train pada jam 10.55 malam dan jam 7.01 pagi esok insya’allah Qi akan sampai ke Pekan rabu.Cuma yang bezanya kali ini Qi bergerak seorang diri.Memandangkan susah untuk mendapatkan teksi,Qi akan keluar selepas solat asar dan terus ke stesen KTMB dan akan solat di stesen KTMB.Doakanlah semoga Qi selamat sampai dan semua urusan Qi akan dipermudahkan.
Pengalaman adalah guru yang terbaik!!! Dan kali ni Qi akan pastikan Qi akan simpan tikat elok-elok.Astaqfirullah al azim…Alhamdulilah YA Allah….Syukran Jzk.
=) QI
KHAR ,
1-7-2 (3)
3.31 petang.





