Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi menjengah ke teratak Qaseh.Apa khabar jejak Qaseh? Semoga sentiasa sihat dan iman juga sentiasa subur.Di sini,Qi ingin mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi kerana dianugerah sahabat yang baik di sisi, yang sentiasa menasihati diri ini.Semoga Allah membalas jasa baikmu dan tintaku semoga dirimu sentiasa dirahmati Allah.Indahya persahabatan yang terbina kerana Allah.Kita saling memperingati antara satu sama lain.Tatkala diriku terlupa,kau memperingati diri ini,Alhamdulilah.Semoga Ukhwah yang terjalin antara kita akan terus mekar.
Terima kasih kerana menjadi sahabatku,
Terima kasih kerana menjadi sahabatku,
Terima kasih kerana menjadi teman bicaraku,
Terima kasih kerana menjadi kawanku,
Terima kasih kerana memahamiku,
Terima kasih kerana menemaniku,
Terima kasih kerana sentiasa ada ketika aku memerlukan dirimu,
Terima kasih kerana baik denganku,
Terima kasih kerana mengajarku,
Terima kasih kerana membuatku mengerti apa itu persahabatan,
Terima kasih kerana menasihatiku,
Terima kasih kerana sudi mendengar ceritaku,
Terima kasih kerana berkongsi ilmu denganku,
Terima kasih untuk segalanya..
Terima kasih.
Terlalu banyak untuk mengucapkan terima kasih,
Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku kesempatan untuk mempunyai sahabat.
Terima kasih Ya Allah,Ya Allah jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Kau berikan.





