Di alam persekolahan menengah,mula berfikir untuk mengaktifkan diri .Namun tetap kurang menonjol berbanding kawan-kawan lain.Menurut Adler,setiap insan sentiasa berjuang untuk memaksimakan potensi diri ke arah pencapaian superioriti iaitu kesempurnaan ( Schultz & Schultz,1998) .Itu yan Qaseh cuba lakukan.
Sepanjang di SMKTM Qaseh berusaha untuk memajukan diri sama ada dalam kemahiran berkomunikasi,bersosial,dan dalam pelajaran. Walau bagaimanapun, ‘result’ keputusan SPM tidak memberangsangkan dan akhirnya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan.Ketika itu maktab perguruan adalah pilihan pertama Qaseh.Qaseh meneruskan pengajian di SMK Pendang selama satu tahun setengah untuk mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
( STPM ).Qaseh belajar dalam kelas aliran Sains semasa tingkatan enam namun,sedar akan kemampuan dan membuat permohonan untuk ke aliran sastera.Semasa di aliran sastera Qaseh terfikir adakah Qaseh dapat belajar dengan baik kerana dua daripada empat subjek yang diambil tidak diminati sejak tingkatan satu lagi.Ketika itu,persoalan tentang minat diketepikan kerana Qaseh sudah berada dalam laluan Sastera dan perlu hadapi serta berusaha untuk berjaya ke universiti.
Ibu selalu berpesan, di sebalik kesulitan pasti ada kebaikan.
~ Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan
tetapi untuk mencapainya perlu seribu
macam pengorbanan ~
QI





