Dec 30, 2010

Kali Kedua - Train

Selesai sahaja solat asar,Qi terus mempersiap diri.Semua pakaian  telah Qi siapkan awal lagi.Segala persiapan untuk pulang ke kampung Qi siapkan dengan rapi.Rindu sangat nak jumpa keluarga tercinta la kan.Apa agaknya khabar family QI?


Menurut jam di lapty Qi menunjukkan jam 9.42 malam.Hmm ada lebih kurang 1 jam lebih sebelum ketibaan kereta api yang akan membawa Qi ke destinasi yang hendak  di tuju.

Alhamdulilah petang tadi QI sempat membaca surah al-baqarah di rumah Allah.Hanya Allah yang tahu apa yang tersimpan di hati ini.Qi tak pernah keluar ke mana –mana bersendirian.Pasti sahaja ibu dan ayah risau di rumah.Qi tak nak ibu risau seperti mana ibu risaukan adik pada suatu masa dahulu.Bukan sahaja ibu yang risau waktu itu,malah Qi sendiri tak boleh nak tidur memikirkan keadaan adik yang belum tiba  di rumah pada malam itu.Adik nak buat ibu tak nak risau ,tapi sebaliknya pula yang berlaku .Sama seperti Qi  sekarang.

Petang tadi ,Qi keluar dari 1-7-2 (3) pada jam 6.00 petang dan terus tekan punat lif aras G untuk turun ke bawah dan menuju ke KTM .Masa itu hanya ada RM 10 2 keping, dan beberapa helai not RM 1 ja dalam purse.Alhamdulilah selepas sahaja Qi withdraw  money Qi terus mencari handpone dan mencari nombor telefon Pak Rosli teksi.Kawan Qi yang beri nombor telefon Encik teksi.Encik teksi kata dalam 10 minit Encik Teksi akan sampai di depan kolej KHAR.Sambil menunggu Encik teksi,Qi sempat berbual,Puan keamanan ( maaf Qi tak tahu nama sebenar ) yang bertugas sebagai pengawal di Kolej KHAR.Ahamdulilah,ada juga teman untuk berbual pada petang tadi.

Nampaknya,cuaca pada petang tadi pun agak mendung dan QI fikir hujan akan turun.Namun,tersalah pula andaian QI.Qi dah persiapkan payung dalam beg.Qi Nampak anak-anak felo sedang bermain di hadapan pintu kolej  KHAR.Menurut Puan Keamanan, anak-anak felo memang suka bermain dan sehingga Puan Keamanan terpaksa menghantar anak-anak itu ke lif,kalau tak berbuat demikian anak-anak itu tak nak pulang.Hai..anak-anak kecil dua orang ini mengingatkan QI kepada semua anak-anak QI di taska dahulu.Ya Qi memang rindukan anak-anak.Ops...nanti Qi ceritakan tentang anak-anak QI ,sekarang bukan masanya.
Bip..bip.nampaknya QI menerima satu pesanan dari Encik Teksi,..dalam 5 minit jap g sampai.Ringkas dan padat.Sebenarnya bertambah risau lagi QI,bila Encik teksi sampai.Huhu..Qi kan perempuan kemudian naik teksi seorang diri.Mana tak risau kan.Nak mula dengan apa ya?Pasti  ibu akan menjawab bila tak tahu nak mula dengan apa,mulakanlah dengan Bismillahirrahmanirrahim...Sama seperti Kawan Qi ,dia juga turut mengingatkan Qi sama seperti ibu.

Pintu teksi dibuka,Ya Allah selamatkanlah Qi sehingga ke destinasi yang ingin dituju.Amin.Encik Teksi ini pendiam orangnya.Sesekali Qi mula berceloteh, encik asal dari sini? Encik teksi cakap encik teksi bukan orang sini dan jaraknya  ke kolej memakan masa 10 minit.Jauh tak ? 10 minit.Hmmm,encik teksi Tanya train bertolak jam berapa? Kalau QI jawab jam 10 mesti encik teksi akan cakap awalnya.Betul sangkaan Qi.Lagipun cuaca pun agak mendung .Sekarang, cuti semester susah nak dapat teksi dan bas upsi pun jarang-jarang Nampak.Qi risau dan semoga urusan QI dipermudahkan Allah.QI hanya berserah.

Sampai sahaja di stesen KTM,Qi terus mencari surau ,Ya itu yang patut Qi cari terlebih dahulu.Sampai sahaja Qi terus mendapatkan Al-Quran dan membaca surah al-Baqarah.Ada juga pengisian yang boleh Qi lakukan,kerana masa masih panjang untuk sampai pada jam 10.55 malam.Sehinggalah azan mahgrib berkumandang dan akhirnya Qi berhenti seketika membaca AL-quran.Kemudian , Qi mengambil wudu’ untuk solat mahgrib.Hanya Qi sendirian dalam rumah Allah.Seusai solat Qi meneruskan bacaan Al-quran dan memikirkan, masih adakah hari esok untuk diri ini.Lakukan ibadah seperti hari ini adalah hari terakhir Qi di dunia ini, (maknanya Qi sedang mengingati mati ).Saidina Ali , manusia yang mengingati mati adalah orang manusia yang bijak kerana matlamatnya jauh melangkau ke hadapan.Duduk bersendirian cukup  banyak membuatkan Qi bersyukur kepada-Nya.Terasa seperti cepat masa berlalu dan sekejap sahaja Azan Isya’ berkumandang.Sekali lagi handphone jenama LG Qi berdering.Siapa.Rasanya ini mungkin panggilan dari ibu  yang ingin mendapat berita tentang Qi .

Sekarang jam lapty Qi menunjukkan jam 1.04 pagi.Terasa cepatnya masa berlalu dan pasti sekejap lagi Qi akan berada di rumah bersama keluarga tercinta.Ya,Insya’allah dengan izin-Nya.Doakan keselamatan Qi ya,
Mudah sekali perjalanan pada malam ini.Selepas menjawab panggilan ibu ,Qi mempersiap diri untuk ke tempat awam di tempat orang jual makanan.Ibu tahu Qi sendirian dalam surau dan minta Qi keluar .Belum sempat selesai solat isya’ iba-tiba lampu surau ditutupkan.Ya,sekarang puan Pembersih yang bertugas memadamkan lampu membuat tugasnya.Selesai solat Qi pun meneruskan perjalanan ke tempat anak-beranak berniaga.Di stesen KTMB ni tak banyak tempat jualan hanya ada satu kedai saja yang ada,ala-ala mini-mart gitu la.

Lama juga Qi di situ,sambil mendengar radio ikim, sempat juga Qi belajar bahasa arab melalui radio ikim.Macam bertepatan ja pelajaran dari radio pada malam ini dengan diri Qi.Iya,hayya bina,  =)maksudnya marilah kita.Dua perkataan iju yang Qi sempat boleh memorize ketika itu.Perbualan dalam radio tu adalah dialog mari kita pergi menaiki kereta api,itu lebih baik bagi awak.Hmm...kan,kan sama dengan diri Qi .Sudah lama Qi tak layan radio ikim ni,hampir sebulan juga la tak mendengar celoteh penyampai radio ikim.

Sudah tidak tahu apa yang patut Qi isikan,sambil mengingati Allah,Lau hau lawalaquwwataillahibillahilazim.Ya,inilah zikir  yang baik untuk diucapkan pada hari isnin.Dalam pemikiran Qi adalah merakamkan apa yang Qi rasakan pada detik itu dalam memori lapty Qi.Lantas,Qi keluarkan Lapty berwarna kelabu ini.Dan sekarang lapty ini menjadi peneman Qi di dalam perut train.

Pada kali ini ,Allah memudahkan urusan Qi,alhamdulilah.Semasa di tempat jualan Qi, ditegur oleh seorang lelaki ,agak berumur juga dan lelaki itu memakai jubah berwarna putih bersama isteri dan anak-anaknya.Baik juga ada  orang menyapa Qi di sini.Nampaknya encik ni seperti memahami sahaja yang QI bersendirian di sini.Semasa encik ini menegur Qi, Qi sedang melayan lapty berwarna kelabu ini.Kataanya,nak balik Alor Star ka? Iya,encik saya nak balik ke Alor Star.Ramah lelaki tua itu lagi dan menanya jam berapa train anak?Qi menjawab jam 10.55 malam, sambil tersenyum kepada isterinya.Cantik isteri lelaki itu.Seronok melihat family itu bersama anak-anak yang comel.Jam lapty menunjukkan 10.05 malam.Lapty di shut downkan.

Kemudian,Qi pergi ke kawasan menunggu di tempat menunggu.Kali ni tak penat nak angkat beg kerana ini kan pengalaman kedua.Ada pengajaran kan.Hehehe..tak seperti seperti kali pertama dulu.Pada jam 10.05 malam Qi pergi ke tempat menunggu kereta api.Qi duduk bersendirian sambil mendengar nyanyian,Insya’allah dari Maher Zain,masih setia  lagi dengan siaran ikim.Tak ramai orang ,iya mungkin awal lagi kan.Kemudian,ada sebuah family yang besar datang,ada nenek,atok,ibu,ayah,mak cik,kakak-kakak,abang-abang dan semestinya ada sepasang kanak-kanak bersama keluarga itu.Nenek itu duduk di sebelah Qi dan ingin tahu destinasi Qi.Qi menjelaskan kepada nenek itu.Katanya mahu ke Langkawi.Nenek nak hantar cucu ke sana,ada kerja.Dulu nenek tinggal di Alor Star,sekarang  atok kerja di Tg Malim.Sekarang atok dah pencen ,nak pulang semula ke Alor Star.

Pengumuman dari stesen KTMB, diminta bersedia kerana kereta api akan tiba tak lama lagi  dan semua diminta berdiri di belakang garisan kuning.

Tuuuu.ttt.Mana koc Q1?? Qi mencari-cari koc Q1,nampaknya Qi tersilap langkah pada kali ini.Koc Q1 di bahagian hadapan dan Q1 berjalan dengan arah yang bertentangan.Risau jika tertinggal train seperti mimpi yang dulu.Jangan pula menjadi kenyataan.Seperti mengejar mimpi dan merealisasikan mimpi.Eh,pada waktu ini tak bertepatan dengan konsep pun.

Tanpa segan silu ,em buat apa nak segan ,kalau segan nanti tertinggal train,hmm Qi juga yang susah.Encik penjaga pintu train pula, maaf encik boleh saya tahu mana koc Q1? Oh,di hadapan.Nampaknya,Encik peniup wisel berbaju biru sedar akan diri Qi.Cepat-cepat Qi melangkah kali ini.Qi masuk ke dalam perut train dan kali ni,mencari tempat duduk ,Qi.Harap-harap dan berdoa kepada Ilahi moga ditempatkan di sebelah muslimah.Alhamdulilah,Allah perkenankan doa hamba-Nya.Tiket Qi simpan dengan baik.Hp LG dicapai dan mendail nombor ibu, dan kali,talian tak da.Mesej sahaja yang dapat Qi sampaikan buat keluarga.Dan ..salam,Qi sudah di dalam train,Alhamdulilah Qi duduk sebelah perempuan,bernama kak fatin,pelajar final year dari Um nak balik ke arau,katanya.Sekarang kak fatin sedang lena ,dan sesekali asyik batuk.Mungkin suhu air kon yag tinggi menyebabkan kak fatin asyik batuk.Alhamdulilah,mesej dari adik yang dihantar oleh ibu,adik Qi sampaikan mesej ibu.
 Dan sehingga sekarang jam 1.41 pagi,encik tiket tak muncul-muncul.Nampaknya tak minta tiket malam ni.Hai...macam-macam kan,Tapi pengajaran baru buat Qi,jika berkesempatan untuk menaiki train lain kali Qi sudah tahu mana nak cari Koc Q1,dan belum pasti lagi Koc Mana yang bakal dijadikan tempat duduk Qi.Jika masih umur panjang.Insya’allah.
Di dalam train pula Qi duduk di hadapan  sekali,yang membuatkan Qi mengeluarkan lapty ini sebab nak menghilangkan rasa mengantok .Iya,Qi tak selesa sebab kerap kali jejaka-jejaka melayu berkumpul di hadapan ini sambil menghisap rokok.Masya’allah,nak lelapkan mata pun tak selesa.Saat ini,pun masih ada mereka ini,Sambil memegang handphone.Pergilah duduk di seat yang disediakan ,Buat apa nak mencakung di tempat macam tu.Maksud Qi di hadapan toilet.Busukkan.Sesekali pintu laser yang bercermin lut sinat itu terbuka dan dapat membau asap rokok mereka.Huh, sabar ja la.Nanti kalau marah dapat penyakit pula.Penyakit hati.

Dahulu Qi tak dapat nak tonton tv yang disediakan dalam train ini,sebab duduk di belakang dan memang tak dapat nak lihat.Kini,tv skrin besar ini sedang menayangkan kartun ,entah apa tajuk kartun tu,Qi tak tahu yang pasti itu kartun versi melayu.Tak pa la Qi nak layan lapty ini.tak boleh nak angkat muka ni,entah kenapa.Al-ahya itu kan pakaian iman,memetik kata-kata dalam video antara bidadari dan wanita.

Okey la, sampai di sini sahaja,jika berpeluang Qi akan menerus menaip pengalaman kali kedua.Apa tajuk yang sesuai untuk kali kedua ni ya? Siapa ada idea sila angkat tangan sambil berdiri.hehe.Qi bergurau ja,jangan marah,Kalau marah kena jual nanti.Nak tak kena jual?hehehe =)

bersambung....

Leave a Reply

 
 

Link List

Recent Comments

Followers