Semester satu baru saja berakhir,Alhamdulilah semua kawan2 baik2 belaka.Dah lebih kurang seminggu cuti semester bermula.Aku masih lagi di kolej kediaman.Setiap masa aku teringatkan famili aku kat kampung.Hmm..tak sabar rasanya nak balik kampung nak cium pipi mak dan ayahku.Hai apa agaknya yang mereka sedang buat sekarang??
Hmm..actually,Qi nak kongsi cerita dengan pembaca..hehehe..nak dengar tak?? bukan Qi nak bercerita,harap korang sudila nak baca apa Qi nak tulis ni..Actually ,QI sangat terkesan dengan cerita ni,time lecturer QI cerita masa kuliah hari Jumaat dalam kelas teori.
Tajuknya seperti di atas.....
Alkisah...
Di sebuah istana terdapat seorang raja yang sangat baik pada rakyatnya.Raja ni namanya,Raja Farhan.Sejak kecil Raja Farhan bersahabat baik dengan Bendahara Fae.Kebetulan raja dan Bendahara Fae memiliki minat yang sama iaitu memburu.Jadi setiap hujung minggu raja dan bendahara akan berburu bersama-sama di dalam hutan.
Pada suatu hari,raja ingin merasa masakan sendiri.Jadi raja meluangkan masa di dapur istana.Korang terkejut ke??iya raja masak sendiri la....hehehehe.
Sedang raja leka memasak tiba-tiba, bendahara terdengar suatu teriakan..
"aduh..!!! sakitnya kaki beta,masya'allah kaki beta berdarah la,terkena pisau...,"
Bendahara, terkejut mendengar teriakan raja.Raja meminta pendapat raja," bendahara,pada pandangan bendahara apa maksud kejadian yang menimpa beta??"
"Ampun tuanku,ada hikmahnya tuanku..."kata bendahara.
"Apa?? ada hikmahnya ,bendahara bilang,kaki beta telah luka dan berdarah dengan begitu banyak sekali ,tuan hamba bilang ada hikmahnya..."
Nampaknya,raja sangatlah marah dengan jawanpan yang diberi oleh bendahara.
" Pengawal masukkan bendahara ke dalam penjara.."
"Baik tuanku.."
Selalunya setiap petang,bendahara dan raja akn pergi berburu- bersama-sama.Namun,pada petang ini,raja pergi bersama dua orang pengiring istana.Sedang berburu,raja dan pengiring tersesat d dalam hutan.Hari semakin senja dan matahari pun kian melabuhkan tirainya.Akan muncul bulan dan bintang yang akan akan menerangi kegelapan malam.Tiba-tiba...ummmmmmppp tidak!!!
Malangnya raja dan pengiring istana di tangkap oleh beberapa org asli.Pengawal baginda telah meninggal dunia. sewaktu nak 'protect' baginda dari org asli .Innalilahiwainnailaihirojiunun..Org asli membawa raja ke perkampungan mereka dan ingin jadikan raja sebagai makanan.Segala persiapan untuk memasak dah siap,raja diikat dan dimasukkan ke dalam periuk besar.Tukang masak profesional dalam kalangan orang asli tersebut , berkata..." kita x blh jadikan manusia ini sebagai makanan kita,kerana terdapat kecacatan pada tubuhnya..tidak elok utk dijadikan makanan..."
Alhamdulilah,raja terselamat dan dilepaskan.Kemudian,raja berjaya sampai ke istana dengan izin Yang Maha Berkuasa.Bersyukur,sampai sahaja di istana,raja terus mencari bendahara..."pengawal,bebaskan bendahara dan bawakan bendahara mengadap beta."...Bendahara ,datang mengadap raja.
Raja menceritakan kejadian yg menimpa dirinya. "Bendahara,beta bersyukur kaki beta telah cacat,dan betulla kata-kata bendahara ,ada hikmahnya.Kalau tidak beta sudah tiada lagi di dunia ini.Disebabkan kecacatan beta orang asli tidak mahu menjadikan beta sebagai makanan mereka..." dan bendahara berkata,ada hikmahnya tuanku memasukkan patik ke dalam penjara,kalau tidak tentu patik yang menjadi makanan mereka kerana tubuh patik tiada kecacatan..."
Alhamdulilah.....selamat sudah...
* segala musibah yang diterima pasti ada kemanisan yang akan kita kecapi walaupun ianya pahit utk dihadapi,namun Allah telah menjanjikan yang terbaik buat hamba-hambaNya.Bersyukurlah dengan apa yang dimiliki dan sentiasa bersangka baik dengan semua orang.Mohon maaf atas kekhilafan...yang baik dari Allah & yang buruk kelemahanku sendiri..
Salam kasih sayang,
QI =)
Dec 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






