Assalamualaikum,jejak Qaseh.Syukran jazilan kaseero kerana sudi menjadi tetamu Qaseh.Apa khabar dirimu pada hari ini? Semoga imanmu,akalmu,dirimu juga sihat lantas menjadikan dirimu hamba yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan.Terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan dan harusnya kita bersyukur atas nikmat yang dikurniakan mahupun dalam bentuk ujian nikmat kesenangan ataupun ujian ketika ditimpa musibah.Alhamdulilah,Semoga diri ini sentiasa dalam pengawasan,Insya'allah.
Perjalanan pada kali ini pun tak kurang cabarannya.Jadual ketibaan Qi ke stesen KTM Alor star pada jam 7.01 pagi.Tapi,lain pula jadinya.Pasti ada hikmah di sebalik yang berlaku.Ibu selalu berkata,di sebalik kesusahan pasti ada kemanisan.Ditakdirkan Ilahi train itu tersangkut di tengah jalan.Kali ini,train ini tidak bergerak dan Qi pun tak pasti apa ,masalah yang berlaku.Agak lama juga train ini berhenti di laluan yang sunyi sepi.Melihat di sebalik cermin tingkap,nampaknya train ini berhenti di tepi hutan.Dikelilingi oleh semak belukar.Sebelah kanan train,hutannya tinggi,banyak pokok kapal terbang dan sebelah kiri pokok buluh.
Pada jam 7.30 pagi,Alhamdulilah,train ini memulakan perjalanan semula dan bergerak.Pasangan India di sebelah Qi bersiap sedia untuk ke destinasi mereka dan seorang lelaki tua berbangsa cina,bangun dan duduk di sebelah Qi.Semasa di dalam train,ada beberapa orang anak –beranak bersama ibu mereka yang mahu ke Sg.Petani.Anak beranak ini agak ramah.Keletah mereka membuatkan Qi tersenyum sendirian.Salah seorang anak itu,boleh bergurau senda dengan uncle cina itu,mungkin mahu menceriakan uncle itu yang kelihatan agak tegang.katanya ‘uncle ,sabarlah uncle kita susah mau sampai maa..’Sebenarnya,uncle itu agak bengang kerana train terhenti sebentar tadi.Kata uncle itu,dia tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana kereta api terhenti.Entah di mana kita sekarang.Sakit kepala memikirkan.Lihatlah sekarang jam 7.30 pagi dan saya tak dapat tidur selama 1 jam setengah.Takut kalau tidur nanti Sg Petani jadi Alor Star.Ketawa mereka.Iya,betul juga kata uncle tu.Saat uncle ingin mendapatkan kepastian dari Qi tentang jam berapa jam kereta api itu berhenti,Qi tidak tahu kerana tidak pasti kerana sekali sekala Qi terlelap dalam train itu.Alhamdulilah akhirnya Qi sampai di stesen kereta api Alor Star pada jam 8.30 pagi.Qi berjalan untuk mendapatkan teksi.Kali ini dalam fikiran ingin menaiki teksi ke Pekan Rabu.Pak cik teksi Tanya nak ke mana? Saya mahu ke Pekan Rabu.Ketawa pak cik teksi dengan jawapan Qi,dekat sahaja Pekan Rabu dari sini,lebih baik adik jalan kaki.Nampaknya,Qi pun jalan kaki ke Pekan Rabu sendirian.Semasa berjalan perut Qi sakit sangat terasa menusuk-nusuk.Ya Allah berkatilah perjalanan Qi.Tak sanggup rasanya kaki ini untuk terus melangkah ke stesen.Qi teruskan perjalanan juga.Mungkin perut Qi kemasukan angin kerana Qi tidak menjamah walau sebutir nasi sejak hari semalam .Di kolej pada pagi semalam Qi sempat minum segelas susu dan beberapa keping biskut kegemaran Qi dan itu sahaja sehinggalah hari petang dan pada waktu malam pula Qi sempat membeli sepotong kek bersama segelas air oren tropiciana dan sebungkus biskut tiger di stesen KTM Tg Malim.
Alhamdulilah,Qi berserah kepada Allah dan Allah tidak pernah menghampakan doa hamba-Nya.Sakit perut Qi hilang dengan serta merta selepas Qi meneruskan langkah,akhirnya sampai juga di Pekan Rabu.Kali ini Qi menaip mesej dan menghantar ke nombor ibu dan mengatakan Qi sudah sampai di Pekan Rabu.Tapi mesej Qi tak berbalas.Kenapa ya? Berkali – kali Qi telefon nombor ibu,hanani dan adik,namun tidak berjawab.Tak mengapalah.
Lama juga menunggu bas untuk ke Pekan Pendang.Pada jam 9.03 pagi Qi berada di dalam bas dan kali ini,insya’allah akan sampai ke stesen Pekan Pendang.Sampai di stesen Pekan Pendang,Qi ke kedai Sri Mayang Majapahit,kedai makan milik sepupu ayah untuk mengalas perut sambil menunggu adik yang akan menjemput Qi untuk pulang ke rumah sebentar lagi.Panggilan telefon pun masih tak berbalas.Akhirnya,terjawab juga dan katanya sekejap lagi ia akan sampai.Sebenarnya adik Qi yang sorang ini sangat ringan tulang.Setiap pagi dia membantu ayah di sawah dan panggilan telefon tak berjawab kerana dia membantu ayah.Mak cik menyediakan roti arab dan air milo panas.Tiba-tiba wajah itu Qi kenal sangat kenal dan Allah menemukan kami di kedai ini.Ya Alllah hebat bukan ketentuan Allah.Qi baru sahaja duduk di kerusi ini,air pun belum sempat minum.Kelihatan dua insane yang dirindui di hadapan mata Qi.Ibu dan ayah tercinta.Lantas Qi bangun dan memeluk ibu seraya bertanya khabar ibu,Qi cium pipi dan tangan ibu.Kelihatan wajah ayah yang semakin tua dan kurus ,mungkin kuat bekerja dan banyak berfikir.Tangan ayah disambut.Namun ayah hanya tersenyum dan terkejut.Kenapa ayah buat tak tahu sahaja jumpa Qi? Rupa-rupanya Ayah tak kenal Qi,Sedihnya,ayah tak kenal Qi..Kenapa ayah tak kenal,mata ayah semakin rabuN,ATAU mungkin penampilan Qi sudah berubah,bertubung labuh menurut pemakaian muslimah yang sejati membuatkan ayah tak kenal anak sendiri..Siapalah Qi ini,ya Qi ingin menjadi muslimah sejati dan sedang berusaha ke arah itu.Ilmu perlu dicari dan menjadi kewajipan bagi makhluk Allah yang bernama manusia.Kata ayah risau juga sebab Qi cium pipi ayah di hadapan orang ramai kerana waktu itu ayah sendiri tak kenal Qi.Sampai sekarang Qi masih berfikir kenapa ayah begitu????





