Perjuangan bermula
Rabu,13 Jamadil Awal 1411 Hijrah di sebuah daerah kecil bernama Ayer Puteh.Qaseh dilahirkan pada jam 2.00 pagi. Semua kaum kerabat datang ke rumah.Kehadiran Qaseh memberi cahaya kegembiraan kepada semua saudara.Alhamdulilah Qaseh dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat.Bebas daripada sebarang penyakit.Selepas beberapa hari,bayi ini diberi oleh nenek.Sejak kecil ibu dan ayah mengasuh dan mendidik Qaseh dan Qaseh membesar dalam keadaan gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Malangnya,Qaseh tidak mendapat tempoh susuan yang secukupnya daripada ibu kerana ibu mengalami masalah kesihatan. Meningkat usia satu tahun setengah Qaseh mula berlatih berjalan.Jatuh bangun langkah Qaseh terus mencuba.Hidup ini bermula dengan satu titik .Ibu tidak pernah mengeluh dan dengan sabar melayan karenah keanak-anakan Qaseh.Ketika kecil Qaseh seorang yang kuat menangis dan sukar untuk membiasakan dengan keadaan sekeliling dan sangat pemalu sehingga kini sikap pemalu masih sinonim dengan diri Qaseh.
Berdasarkan teori Psikoanalisis - Sigmund Freud (1856-1939) tahap pertama perkembangan kehidupan iaitu tahap oral atau kepuasan mulut.Kanak-kanak yang mendapat kemewahan material sebagai gantian makanan dan kasih sayang akan mempamerkan masalah personaliti yang berpunca semasa tahap oral seperti tidak mempercayai penghargaan diri,takut mendekati orang lain,rasa diketepikan,takut mengasihi dan mempercayai orang lain,menyendiri, dan menarik diri dan tidak berkebolehan untuk membina dan mengekalkan hubungan yang akrab.
Qaseh tidak mendapat tempoh susuan yang mencukupi daripada ibu,mungkin disebabkan hal ini Qaseh mempunyai daya tahan (antibody self system) yang lemah berbanding adik-beradik yang lain.Alah kepada asap dan hujan.Walaupun hanya sedikit air titisan hujan tempias, Qaseh mudah mendapat jangkitan dan selelsema.Ibu kata keadaan ini biasa sahaja dan normal kerana itu tindak balas.Maknanya anak ibu normal.
Alhamdulilah selesema tidak berlarutan.Gembira melihat anak-anak kecil berlari-lari bermain ketika hujan turun.Rasa teringin sekali bermain hujan dan basah kuyup dalam hujan.Lucu bukan?Kenapa tidak terus mandi dan main sahaja ketika hujan turun di perkarangan hadapan rumah puteri. Qaseh semakin membesar.
~Jangan engkau bersikap lemah dan janganlah pula engkau bersedih hati.Padahal engkaulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya.Jika engkau orang – orang yang beriman. Surah Ali –Imran ,139 ~





