Jan 2, 2011

Betulkan Yang Biasa ,Biasakan Yang Betul - Sembahyang ke Solat..

Assalamualaikum..apa khabar jejak Qaseh? Semoga sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya.Alhamdulilah hari ini kita masih boleh bangun dari katil dan masih boleh terus melangkah melihat kehebatan ciptaan Ilahi dan lidah masih boleh lagi mengucap kata-kata syukur kepada-Nya.Subhanallah,hebat sungguh ciptaan Allah.Ya Rahman Ya Rahim, Syukran Ya Allah kerana memberi kami nikmat sihat,akal yang cerdas lantas menjadikan kami hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat-nikmat yang Kau kurniakan.

Biasakan yang betul,betulkan yang betul.Perkataan sembahyang sudah terlalu sinonim dengan kita.Betul kan..? Sebenarnya Qi pernah mendengar ceramah dari seorang ustaz. Mungkin jejak Qaseh pernah mendengar ceramah dari seorang bekas mubaligh hindu yang kemudiannya memeluk agama Islam,Ustaz Fitri bin Abdullah.Salah satu pesanan dari Ustaz Fitri bin Abdullah dalam ceramahnya tukarkan perkataan sembahyang kepada solat.

Kenapa ya,menurut kata ustaz,perkataan sembahyang berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu sembah dan hyang yang bermaksud sembah dewa Hyang.

Professor Hasbi As Siddiqi, di dalam salah sebuah bukunya,perkataan sembahyang di ambil dari kata sembah dan Hyang yang merujuk kepada nama-nama dewa yang di sembah oleh penganut agama hindu dahulu kala.Sembahyang juga diertikan sebagai menyembah dewa yang bernama Hyang.

Menurut dua pakar bahasa yang pernah datang ke Malaysia,Dr Daniel yang berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan istilah ‘sembahyang’ bermaksud  menyembah dewa yang bernama Hyang.

Dan tidak dinafikan penganut agama Buddha ke tokong untuk sembahyang,penganut agama Kristian ke Gereja untuk sembahyang,dan penganut agama Hindu ke Kuil untuk sembahyang.Tetapi umat Islam,tidak sesuai untuk menggunakan perkataan sembahyang bagi mendefinikan ibadah  solat.

Kalau boleh kita ubah perkataan itu, seperti seorang ibu yang mengarahkan anaknya untuk pergi menunaikan ibadah lima waktu, contohnya ‘aiman ,bangun pergi sembahyang subuh kepada  aiman ,bangun pergi solat subuh. Awak dah ambil air sembahyang ? kepada awak dah ambil wudu’?

Mungkin ada di antara kita menganggap perkara ini remeh namun insan yang mementingkan kualiti ibadah akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam mencari keredhaan-Nya.

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat buat kita semua.Betulkan yang biasa,biasakan yang betul.Insya’allah mari kita bersama-sama mengupgrade diri dalam mencari redha ilahi.Semoga Allah merahmati usaha kita.Insya’allah.

Sekian. Wassalam..
QI

Leave a Reply

 
 

Link List

Recent Comments

Followers