Jan 21, 2011

Halal Haram

Bismillahirrahmaniirahimm...apa khabar jejak Qi? Semoga dalam keadaan sihat sejahtera.Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih boleh melangkah mencari sinar, diberi pelbagai nikmat oleh Allah.Marilah kita bersama-sama bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa , dengan mematuhi segala perintahnya serta menjauhi larangannya. Umat Islam dituntut mengikut syariat Islam yang telah mengatur kehidupan manusia ini dengan sempurna yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan hinggalah kepada pemilihan makanan untuk manusia itu sendiri perlu berlandaskan kepada syariat  Al-Quran dan As-Sunnah.

Prinsip halal dan haram adalah salah saru perkara yang sangat ditiitk beratkan dalam pemilihan makanan mengikut syariat Islam.Prinsip halal ini secara umumnya melibatkan dua perkara :

Pertama, bagaimana sesuatu benda itu diperolehi.Hal ini bermakna, sama ada ia diperolehi daripada sumber yang halal atau haram seperti memiliki harta curi, perjudian, rasuah, penipuan dan lain-lain yang diharamkan dalam syariat Islam.


Kedua, adakah zat atau barangan itu sendiri halal atau sebaliknya.Syariat Islam telah menetapkan supaya penganutnya memakan makanan halal sahaja.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-baqarah ayat 168 :

" Wahai sekalian manusia! makanlah daripada apa yang ada di bumi ini yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan , kerana sesungguhnya syaitan ialah musuh kamu yang terang lagi nyata".

Sehubungan itu, pemilihan makanan yang halal lagi baik perlu diambil berat oleh setiap umat Islam.Hal ini bertujuan memastikan makanan itu tidak memudaratkan manusia itu sendiri.Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik.Adalah lebih penting lagi pada masa yang sama, kita juga memastikan  makanan tersebut dijamin bersih dan suci mengikut hukum syarak.

Umat Islam pada hari ini begitu terdedah kepada pelbagai jenis makanan  dan minuman yang berada di pasaran khususnya produk makanan import yang rata-rata datangnya dari negara bukan Islam atau diusahakan oleh non-muslim yang pastinya menimbulkan pelbagai berkaitan masalah -masalah produk ini kerana diakui adalah bukan mudah untuk kita mengenali sumber bahan-bahan atau dengan kata lain tidak mudah untuk kita mengetahui permasalahan barang tersebut, sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda :

" Tinggalkanlah apa yang meragukan untuk menuju kepada sesuatu yang tidak meragukan ".

Allah memerintahkan umat Islam supaya makan makanan yang halal lagi baik sahaja, kerana banyak hikmah tersendiri disebalik perintahnya ini.Makanan merupakan ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi manusia.Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin terhadap pemilihan makanan halal, suci, bersih dalam pemakanan sehariannya pasti akan lahir dalam dirinya keimanan dan nur yang dapat memandu jiwanya ke arah ketaqwaan dan peningkatan ibadahnya kepada Allah.Pemilihan makanan yang bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam.

Makanan yang haram sama ada ia daripada bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan punca yang tidak halal akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya :

SATU : Makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar membuat kejahatan dan
            maksiat serta benci kepada kerja-kerja kebajikan dan ketaatan.

DUA : Doa tidak akan dimakbulkan oleh Allah.

TIGA : Mendapat seksaan neraka pada hari kiamat kelak.

Sekian..
Terima Kasih =)

Leave a Reply

 
 

Link List

Recent Comments

Followers