Jan 4, 2011

Ku berjaya jalani dengan Berkat Ilahi - minggu 1/sem 2

Alhamdulilah,Qi panjatkan kesyukuran kepada Ilahi atas kurniaan nikmat yang diberi oleh-Nya.Dahulu Qi berkongsi kesedihan dengan sahabat ketika dalam kesedihan.Katanya, marilah kita berdoa kepada Allah.Semoga urusan kita dipermudah oleh-Nya.Allah tidak akan menghampakan doa hamba-Nya.Allah suka jika kita meminta dari-Nya. Semoga jejak Qaseh dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat dari-NYA.


Pada hari ini kuliah pertama bermula untuk semester dua.Alhamdulilah segala kegusaran,kerisauan di hati Allah permudahkan.Walaupun di hati ini risau,Qi  berserah kepada-Nya agar urusan pada hari ini menjadi seperti yang dirancang.Qi menyusun jadual berbeza dengan rakan-rakan,tak perlu untuk Qi jelaskan kita berbeza.Pilihan dan tanggungjawab kan..Mesti jejak Qaseh confius dengan apa yang Qi cuba sampaikan.Tak mengapala tak perlu nak pening-pening kepala dengan tulisan Qi.Banyak masa ya korang pada hari  ini nak baca tulisan QI .Syukran jazilan.tapi tak de pa2 sangat perkongsian ilmu di sini.Just pengalaman Qi sahaja.Apapun mohon Allah jauhkan dari ilmu yang tak bermanfaat,QI nak tulis tentang hari pertama,semester 2 di UPSI.

Pagi-pagi lagi ,Qi dah bangun dan bersihkan diri,Alhamdulilah.Allah beri kekuatan pada diri Qi untuk kuat melawan keasyikan dan keenakkan tidur pada pagi tadi.Pada jam 5.00 pagi,Qi mengambil makanan untuk mengalas perut,dan sempat untuk menjalankan ibadah puasa sunat pada hari ini.Semoga QI akan terus istiqamah dalam menjalankan amal  dan juga istiqamah dalam penulisan blog.

Kemudian,jam 7.00 pagi,kaki telah menghayun langkah ke tempat menunggu bas.Hmmm..tersangatlah panjang barisan pelajar tunggu bas pada pagi ini.Alhamdulilah,tak lewat sangat Qi pada hari  ini dan sempat sampai ke tempat kuliah sebelum kelas bermula.Dalam perjalanan,hati berbisik,eh...betul ke Makmal Bimbingan & Kaunseling di sebelah klinik?? Rasa cam tak..Huhh..nasib baik kaki tak terus melangkah dan kalau tak mesti jauh tempat nak di tuju.HP LG dikeluarkan dari beg dan terus mendail nombor rakan sekuliah..Awak pasti tak kuliah kita di mana hari ini?? Alhamdulilah,memang betul gerak hati Qi,kalau tak mesti jauh dan mesti penat tadi berjalan jauh.

Dalam kuliah pertama hari ini,tugasan pertama pun sudah di beri oleh pensyarah.Tiba-tiba DR.Noraini berkata,kamu semua ada pelajar dari Turki.Kami semua menganggap kata-kata Dr Noraini sebagai gurauan kerana sangkakan Dr mengatakan rakan sekelas kami yang  bernama lela itu datangnya dari Turki.Wjah lela memang persis orang turki.Ada salah rakan kuliah berkata,yang datang dari Turki itu namanya Lela.Lela pun ketawa.Saya.Dr Noraini berkata,wah hebat!! Gadis Turki boleh berbahasa Melayu.

Qi dalam hati bimbang berkaitan dengan masa sama ada Qi sempat ke tak ke Proton City.iye jarak PC dengan kampus agak jauh.Semoga urusan Allah permudahkan.Seperti yang QI harapkan, doa dimakbulkan.Sebenarnya, QI dah berjalan selaju yang mungkin untuk mengejar bas.Dari jauh, QI Nampak bas yang ke PC belum bergerak.Langkah semakin laju,tiba-tiba bas bergerak.Qi sempat melambai kepada Pak CIk yang pandu bas.Alhamdulilah pak cik terkesan dengan lambaian QI.Pak cik bas sempat bertanya menggunakan gerak bibir sahaja menyebut PC..iye saya nak ke PC.

Kan  urusan Qi dipermudahkan oleh Allah,hati ini memang gusar,tambahan pula sebelum itu Qi hampir-hampir terlanggar seorang JMK kolej KHAR,hemm,sungguh memalukan, sangat.Hanya maaf yang terucap.Nasib baik tak tersentuh.Dalam kelajuan kaki menghayun langkah,tiba-tiba tersadung pulak di tengah jalan.Macam-macam yang berlaku pada hari  ini.

Bila sampai di PC,perut Qi pula sakit.Mungkin makan tadi bercampur kot.Bisik hati Qi.Mulanya pagi tadi  minum susu bersama biskut,kemudian ambil pula nesvita perisa coklat bersama sup cendawan.Mesti pening perut QI.

Kuliah seterusnya di E-learning di kampus.Kata lecture kaunseling,En Anuar.pada hari ini akan ada kemasukan pelajar baru dari Turki.Laju sahaja mula Syafiq, menyoal,satu-satunya jejaka dalam kelas Qi.Pelajar baru tu perempuan ke lelaki?? En.Anuar bilang lelaki.Nafaz lega Syafiq,akhirnya ada teman juga dia.Mungkin pelajar baru dari turki akan sampai pada hari ini atau minggu hadapan.Hmmm,jika dia datang kita akan fully guna B.I dalam pembelajaran.Agak gusar ya di situ.Bukan apa,rata-rata dari rakan-rakan dan QI sendiri not good in Englisg.Broken English gitu la..Emm..nampaknya kata-kata Dr Noraini tadi adalah reality bukan humour la.Hmm..kelas mula bising,risau nak guna B.I.Nota-nota pemberian senior dalam bahasa Melayu.Apa-apa ja la.It 100 % totally different.

Tiba-tiba ,seorang perempuan cantik mengetuk pintu,Sorry I’m late.Cuba teka? ITu la pelajar baru.Dari turki.Cantik orangnya,Sue Ersan.Nampaknya,batch kaunseling sesi 2010/2011 satu-satunya batch yang menggunakan bahasa Inggeris kot..MAna ada lagi.Sudah lama penggunaan bahasa Inggeris ditinggalkan sejak di form 6.Lama juga.Moga dengan kedatangan Sue Ersan akan memajukan kami semua.Apapun,kami semua kena menerima Sue Ersan dengan penerimaan tanpa syarat la gitu.Nak wat cam na kena terima la..

Nice to meet you Sue Ersan,Welcome to our Family,Batch Reality Sesi 2010/2011.Nampaknya,Qi perlu bersedia untuk menjalankan tugasan kumpulan bersama Sue.Semoga urusan dipermudah oleh Allah.En Anuar meminta Qi,Aida,dan Afifah untuk menjalankan tugasan dengan Sue.

Hmm..nampaknya,malam pun semakin tua. Namun,pemikiran tertumpu pada tugasan yang diberi oleh lecturer tadi.Okeyla kepada teman-teman yang nak ke sekolah ,selamat ke sekolah,yang nak ke kuliah, selamat ke kuliah,yang nak ke tempat kerja selamat, ke tempat kerja,dengan ucapan berhati-hati di jalan raya. Selamat kembali berjuang!!!! ^^

Sekian,wassalam..

Leave a Reply

 
 

Link List

Recent Comments

Followers