Feb 24, 2011

Pesanan utk saya & utk anda

"pesanan untuk diri saya sendiri dan sahabat2 "

assalamualaikum w.b.t..

kehidupan di-dunia bukan tempat untuk 
menerima balasan bagi orang yang beriman .. tetapi dunia ialah tempat 
untuk menduduki ujian yang telah ALLAH tetapkan mengikut kadar keimanan 
masing2..

sesiapa
yang berjaya melalui ujian yang telah ALLAH berikan semasa hidup 
di dunia dulu..maka merekalah golongan orang2 yang berjaya .. dan 
akhirnya selamat dari api neraka..inilah kejayaan sebenar 
yang telah ALLAH sebut di dalam Al-Quran..melalui lidah Nabi Muhammad 
s.a.w..

apabila ALLAH menyayangi seseorang itu..maka ALLAH akan memberi kemudahan kepadanya untuk melakukan perkara 
kebajikan..manakala orang yang allah tidak sayang..maka allah akan 
menunjukkan jalan maksiat kepadanya..nau'uzubillah..

kehidupan kita sebagai orang islam yang 
beriman..memerlukan rahmat dari ALLAH memastikan segala amalan yang 
kita lakukan ditulis sebagai pahala disisi ALLAH s.w.t .. insya'ALLAH..

selain itu,hendaklah kita sentiasa mendekatkan diri 
dengan alim ulama'..majlis ilmu.. supaya apa yang dimiliki oleh 
ulama' itu..dapat dimanfaatkan oleh pendengar.. kerana ilmu yang 
dimiliki oleh ulama' tidak boleh dibahagi seperti harta pusaka..

"jadilah kamu orang yg mengajar atau belajar atau mendengar,janganlah kamu menjadi orang yg ke 4,nescaya binasa"

kita
jangan hanya menyebut.."aku kenal ustaz itu".."aku kenal tok guru ini".. sedangkan kita tidak mengambil manfaat ilmu darinya..maka ia tidak 
memberi manfaat sedikitpun baginya..walaupun guru itu adalah ahli 
keluarga kita.. rebutlah peluang apa yg ditinggalkan oleh sahabat2 nabi..bukan harta,tapi Ilmu yg sgt berguna utk diri kita..

"semakin bertambah ilmu,semakin bertambah kita tahu kita jahil"

One Response so far.

  1. ZUHANIF says:

    salammmm. cantik blog n bes ayat2 motivasi tu. tq cos join my side. hope kita blh tukar2 pendapatdan saling berpesan2 nanti.

Leave a Reply

 
 

Link List

Recent Comments

Followers